Wednesday, December 29, 2010

Tanggungjawab kita

Tugas kita hanya menyampai, taufik dan hidayah milik Allah. Dia akan memberi taufik hidayahnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka bertuahlah mereka yang mendapat taufik-hidayah tersebut.

Itulah motivasi yang perlu ada bagi seorang pemimpin/pendakwah untuk meneruskan usaha-usaha mengajak kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan sejawat dan seluruh masyarakat ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Ia usaha tanpa henti. Namun sejarah telah menunjukkan yang usaha-usaha seperti ini akan berhadapan dengan halangan dan cubaan.
Ia mungkin dalam bentuk “pertentangan terus” atau pun secara ejekan, sindiran atau pun pandangan sinikal. Namun akhirnya, sebagaimana janji Allah, mereka yang terus berusaha akan mendapat kemenangan sama ada di dunia ataupun di akhirat.
Salah satu kunci untuk mempunyai kekuatan mental dan fizikal menghadapi cabaran ini ialah dengan bersolat malam. Bermunajat kepada Allah dan bertaubat kepadanya setiap malam. InsyaAllah, bangun malam merupakan resepi istimewa untuk setiap orang muslim.
Ikhtibar dari kisah Nabi Noh yang berjuang hampir 950 tahun menyeru kaumnya supaya beriman. Khabarnya, hanya 80 orang yang beriman menaiki bahtera ketika banjir besar melanda. Lihatlah, hanya sedikit daripada mereka yang ramai. Inilah golongan yang beriman. Dan tentu sekali kita juga termasuk daripada keturunan mereka yang beriman.
Namun masa telah memisahkan kita dengan datuk-nenek yang terdahulu. Di antaranya pelbagai peringatan telah diberikan oleh nabi dan rasul sehinggalah kepada Nabi Muhammad [segala puji dan selawat kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat yang mengikut jejak langkah baginda] sebagai penutup kepada segala nabi dan rasul.
Dan soal “sedikit” ini masih merupakan fenomena masa kini. Jemaah solat subuh berjemaah di masjid boleh dikira tanpa mengambil masa yang lama. Tiada siapa kecuali sedikit yang boleh berlindung dengan “kesibukan kerja” atau “masalah dunia” untuk gagal ke masjid pada ketika ini.
Mudah-mudahan kita semua diampunkan Allah, diberi keberkatan dan taufik-hidayah agar menjadi insan yang soleh dan solehah.

Sahabat seperjuangan


Secara teknikal, rakan sejawat adalah ahli keluarga.
Dalam kebanyakan kes, sebahagian daripada tempoh kehidupan akan bersama rakan sejawat. Suka atau tidak, rakan sejawat akan bersama sekurang-kurangnya beberapa jam sehari, 5-6 hari seminggu dan kadang-kala ia menjadi satu rutin yang perlu dihadapi.
Mungkin juga bagi organisasi besar, rakan sejawat sukar bertentang mata tetapi kesan kewujudannya akan tetap terasa sekurang-kurangnya pada ketika-ketika tertentu sehingga memberi kesan emosi yang besar.
Ada rakan sejawat menjadi sahabat keluarga yang baik. Ada rakan sejawat yang menikam belakang tanpa belas kesihan. Terdapat rakan sejawat yang pandai menutup aib rakan sejawat yang lain. Ada pula yang sentiasa membukanya tanpa rasa bersalah.
Terdapat rakan sejawat yang mengucapkan “tahniah” kerana dinaikkan pangkat. Ada pula yang mencebik dan mengata sehingga tergamak menabur fitnah.
Ada rakan sejawat yang “manis mulutnya, masam xxxxxnya”. Ada rakan sejawat yang baik kerana “ada udang di sebalik batu”, namun ada yang tulus turun ke hati.
Di sebelah mana kita, itulah sebahagian daripada ukuran keimanan seorang manusia. Salah satu kaedah untuk mengukur sama ada kita hampir dengan Allah SWT ialah dengan menilai bagaimana caranya kita berperasaan atau melayani rakan sejawat. Saya terbaca satu hadis yang sangat menarik dilaporkan oleh Al-Baihaqi, 
“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu”
Ia adalah luahan hati Rasululullah kepada sahabatnya Abu Bakar yang boleh dijadikan kesimpulan persahabatan yang diredhai oleh Allah SWT.

Tuesday, November 23, 2010

Insha Allah!

Insha ALLAH
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n’ never loose hope
Cos’ Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos’ Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insha Allah we’ll find our way

Lima Bahasa Kasih Sayang


“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?”
Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Alhamdulillah.
Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya ‘dinilai’ oleh peserta-peserta lain.
KASIH TANPA SYARAT
Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.
Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.
Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.
“Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!” si ibu meninggikan suara.
“Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!” si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.
Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.
Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.
BAHASA KASIH SAYANG
Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Love Languages for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.
Bahasa-bahasa itu ialah:
  1. Sentuhan fizikal
  2. Perkataan
  3. Masa berkualiti
  4. Hadiah
  5. Khidmat bakti
Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.
Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.
Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.
Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.
Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.
Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang Murabbi Cinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Monday, November 15, 2010

Mengapa kita mengeluh???

Kita bertanya : 
Mengapa kita sering diuji ?
Al-Quran menjawab : 
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.

 (surah al-ankabut : 2-3)
Kita bertanya : 
Mengapa kita tidak dapat apa yang kita impikan ?
Al-Quran menjawab :
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik baik bagimu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui 

(surah al-baqarah : 216)
Kita bertanya : 
Mengapa kita diuji seberat ini ?
Al-Quran menjawab :
Allah tidak membebani seseorang itu melainklansesuai dengan kesanggupannya. 

(surah al-baqarah : 286)
Kita bertanya : 
npe kte frust ?
Al-Quran menjawab :
jgnlh kamu b'sikap lemah & jgnlah pule kamu b'sedeyh ati, pdhal kamula org2 yg plg tnggi drjatnye jk kamu org2 yg briman. 

(surah ali imran : 139)
Kita bertanya : 
cmne kte na hadapinye ?
Al-Quran menjawab :
 & mintalah p't0l0ngan kpd Allah dgn jln sabar & mngerjakan s0lat & sesungguhnye s0lat tu amt brat keculi bg 0rg2 yg khusyuk. 
(surah al-baqarah : 45)
Kita bertanya : 
kpd spe aq b'hrp ? 
Al-Quran menjawab :
 ck0pla Allah bgku, tiada tuhan slain drpdnye % kpdnye aq b'tawakal. 
(surah at-taubah : 129)
Kita bertanya : 
pe yg aq dpt drpd ujian ni ? 
Al-Quran menjawab :
 sesungguhnye Allah tlh mmbli drpd org2 mukmin, dri & hrte mrk dgn mmbrikn syurge kpd mrk. 
(surah at-taubah : 111)
Kita bertanya : 
 aq da ta thn !
Al-Quran menjawab :
 & jgnla kamu b'putus asa drpd rhmat Allah, sesungguhnye tida b'putus asa drpd rhmt Allah mlainkn kaum yg kafir, 
(surah yusuf : 12)
Kita bertanya : 
 smpy ble aq perlu mrane ?
Al-Quran menjawab :
 krne sesungguhnye sesudah kesulitan tu ade kmudhn. sesungguhnye sesudah kesulitan tu ade kmudhn. 
(surah al-insyirah : 5-6)



Kursus Senergi Keluarga Bahagia


Alhamdulillah,Allah sering memudahkan usaha kami. Memberi kami peluang untuk menghadirkan diri kekursus Senergi Keluarga bahagia yang diadakan di Menara Yayasan Selangor pada 13 Nov 2010. Kursus yang penuh dengan input yang amat berguna di sampaikan oleh Ust. Hasrizal Abdul Jamil.
Insa'Allah semoga dengan ilmu yang bermanfaat ini akan dapat menjadikan kami UMMI dan ABI yang terbaik.

Sunday, November 14, 2010

Permata hati kami

Fatih n waddah masa g konvo Pak Lang, Sampai pagi tak sempat nak mandi lagi

Permati hati pertama kami:
Alhamdulillah, Abi ada bersama ketika dia dilahirkan, Muhammad Fatihuddin, dilahirkan pada 1.5.2008 di Hospital Pasir Mas pada jam 5.45 PM. Masa melahirkan Fatih, Ummu Fatih masih lagi tak kerja (Tunggu untuk di postingkan). Jadi tak ada la masalah sangat dan Fatih dilahirkan pada Hari Pekerja (masa cuti).
Alhamdulillah, walaupun keluarga jauh di mata kami dikurniakan sahabat yang baik, bersedia membantu dalam apa jua keadaan. Time Kasih bebayak kepada Ust. Syamil sekeluarga yang membantu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Semoga Allah menilainya sebagai amalan soleh Insa'Allah. Apadila Ummu Fatih masuk hospital abi pun call tok dia di jengka ( Fatih panggil tok dia dgn gelaran mak). Pelbagai dugaan yang toh dia tempuh untuk sampai ke Kelantan. Bertolak pukul 9.00 pagi sampai dalam pukul 11.30 malam. Malam tu Ummi Fatih dijaga oleh Tok su dia yang tinggal di Tumpat (Time kasih bebanyak). Fatih anak pertama jadi banyak perkara baru yang abi belajar sebelum dan selepas kelahiran dia. Selepas sebulan kelahirannyaUmmu Fatih diposting ke Politeknik Kuala Terengganu, tapi kami mintak ditangguhkan sebulan lagi. Bila Ummu Fatih mula berkhidmat abi sendiri menjaga Fatih di Pasir Mas.
Alhamdulillah, kami ditemukan dengan pengasuh yang sangat baik dan sentiasa membantu tanpa mengira masa. Ada sekali tu Fatih menangis tengah malam, macam-macam dah abi buat tapi tak berkesan jadi terpaksala Abi call pengasuh.Selepas 3 bulan pengasuh Fatih mengikut suaminya berpindah ke Kuantan
Alhamdulillah, Ummi Fatih dapat peluang naik bas sewa bulan ke Kuala Terengganu jadi beliau ambil keputusan untuk berulang (Satu pengobanan yang besar abi begitu terharu, keluar rumah jam 5.00dan sampai jam 7.45 malam). Untuk memudahkan urusan kerja Ummu Fatih kami membuat keputusan untuk berpindah ke Pasir Tumboh.
Alhamdulillah, Dalam kesusahan mencari rumah di Pasir Tumboh kami ditemukan denagn sahabat yang sedia membantu. Kami dapat sewa di Taman Darul Naim, Pasir Tumboh cuma 5 minit dari tempat Ummi Fatih naik bas.

Permata hati kedua kami:Fatihah Mawaddah, dilahirkan pada 22.05.2009 di Hospital pasir Mas, Tak banyak beza dengan Along dia. Alhamdulillah, Segala urusan dimudahkan Allah. Keluarga Ust. Syamil dan Tok Su banyak membantu,Cumanya kali nie Ummi Fatih berpantang dirumah Tok Su. Mak datang seminggu selepas kelahiran Angah.Nenek la org yang paling sibuk menyediakan pelbagain ramuan tradisional untuk Ummu Fatih. Terima kasih semuanya, semoga keikhlasan kalian dinilai oleh Allah sebagai amal soleh diakhirat nanti, Insa'allah.






Wednesday, November 10, 2010

Bila kita jadi BOSS




Anda seorang ketua di tempat kerja anda? Tetapi adakah anda boss atau pemimipin?
1.Seorang BOSS menciptakan rasa takut dalam diri anak buahnyaPublish Post
   Seorang PEMIMPIN membangunkan kepercayaan
2. Seorang BOSS mengatakan “saya”.
    Seorang PEMIMPIN mengatakan “kita”
3. Seorang BOSS tahu bagaimana pekerjaan mesti dilakukan.
    Seorang PEMIMPIN tahu bagaimana suatu karier harus diperkembangkan
4. Seorang BOSS mengutamakan kepada kekuasaan.
    Seorang PEMIMPIN mengutamakan kerjasama.
5. Seorang BOSS mengarah
     Seorang PEMIMPIN memimpin
6. Seorang BOSS menyalahkan
    Seorang PEMIMPIN menyelesaikan masalah dan memperbaiki kesalahan
7. Seorang BOSS menguasai 10% pekerja bermasalah.
    Seorang PEMIMPIN menguasai 90% pekerja yang kooperatif.
8. Seorang BOSS menyebabkan menumbuhkan perasaan dendam.
    Seorang PEMIMPIN memupuk keghairahan yang tumbuh para pekerja untuk mencapai sasaran.
9. Seorang BOSS menyebabkan pekerjaan menjemukan kepada pekerja
    Seorang PEMIMPIN menyebabkan pekerjaan menyenangkan/menarik
10. Seorang BOSS melihat masalah sebagai musibah yang akan menghancurkan perniagaan
      Seorang PEMIMPIN melihat masalah sebagai kesempatan yang dapat diatasi staff yang bersatu padu, dan berubah menjadi    
      pertumbuhan.
11.SEORANG BOS BERKATA, “PERGI!”
     SEORANG PEMIMPIN BERKATA, “JOM PERGI!”

Wednesday, October 27, 2010

Permaisuri hatiku

Moga cinta yang terbina berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Insa'Allah. Allah kurniakan dirimu untuk menyempurnakan hidupku.

"Perkahwinan sebenarnya mengabung jalinkan antara cinta,kasih sayang, tanggungjawab dan peranan"

Kita masih jauh


Ketika Kota Konstantinople telah ditawan, dan waktu Jumaat telah masuk, Sultan Muhammad Al Fateh berkenan untuk memilih imam bagi memimpin solat Jumaat yang pertama di Kota Konstantinople. Namun cara pemilihannya agak unik, beliau memanggil seluruh tenteranya dan meminta mereka semua berdiri dengan teratur.

Setelah semuanya dalam kedudukan yang tersusun, maka dia bertanya kepada tentera-tenteranya:

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk…”

Tidak ada siapa di kalangan anggota tenteranya yang duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat-solat sunat yang utama?”

Ketika ini sebilangan kecil dari anggota tenteranya duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajjud sila duduk.”

Kali ini seluruh anggota tenteranya duduk kecuali beliau sendiri dan akhirnya beliau sendiri yang memimpin solat berjemaah di Kota Konstantinople.

Ternyata beliau adalah orang yang paling soleh dan dekat dengan Allah di kalangan tenteranya, maka benarlah sabda junjungan bahawa yang akan menakluk Konstantinople itu adalah tentera yang terbaik dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.

MasyaAllah, jika beginilah kualiti pemimpin dan tentera Sultan Muhammad Al Fateh yang menakluk dan membebaskan Kota Konstantinople dari jajahan Byzantine, maka tidak hairanlah pertolongan Allah akan sentiasa bersama dengan mereka.

Jika kita bertanyakan soalan yang sama pada generasi muda hari ini, mungkin pada soalan yang pertama sahaja telah ramai yang ‘kantoi’ apatah lagi apabila ditanyakan soalan kedua dan ketiga. Mungkin jika ditanya soalan ini kepada kumpulan para pendakwah hari ini pun, belum tentu natijahnya sama dengan apa yang didapati Sultan Muhammad Al Fateh kepada tenteranya.

Hari ini, kita berada dalam satu generasi yang lebih menghafaz nama-nama artis dan pemain bola sepak handalan daripada sahabat-sahabat Nabi dan nama pahlawan-pahlawan Islam sepanjang zaman. Lebih bermaklumat tentang sejarah juara Piala Dunia dari 1930-an berbanding sejarah agung umat Islam. Generasi yang lebih ghairah dan cinta kepada bola sepak berbanding cinta kepada keimanan dan kehidupan Islam yang indah. Generasi yang sanggup bangun malam untuk melihat pasukan kegemaran berbanding bangun malam untuk memohon keampunan.

Ternyatalah bahawa sebenarnya kita masih jauh dengan kemenangan, selagi mana generasi hari ini tidak dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan menghayati kehidupan Islam secara total, maka selagi itulah umat akan terus dijajah dan diratah oleh musuh.

Penyelesaian kepada kemelut yang melanda hari ini hanyalah dengan mengembalikan semula jatidiri dan kemuliaan Islam kepada setiap peribadi muslim. Generasi hari ini haruslah dididik untuk cinta kepada keimanan lebih dari cinta kepada hiburan dan kelalaian. Cinta kepada kebaikan dan kesungguhan lebih dari cinta kepada kerehatan dan kemalasan. Lebih cinta untuk membaca Al-Quran dan solat malam berbanding membaca analisis Piala Dunia dan bangun malam kerana bola.

Projek membina generasi Muhammad Al Fateh adalah projek besar yang memerlukan kepada persediaan yang rapi, kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan yang bukan calang-calang kerana generasi yang ingin dibina adalah generasi yang mempunyai kesungguhan dan tekad yang kuat untuk menolak godaan hawa nafsu.

Kita harus mengoreksi diri kita dan memeriksa, apakah kita telah terlibat dalam projek pembinaan generasi Al Fateh. Jika tidak, bagaimana kita harus bermula? Hanya kita sendiri yang boleh mencari jawapannya.

“Ramai yang boleh berdakwah, tetapi tidak ramai yang cinta pada dakwah”

Menghina islam atas nama ISLAM

Penyebaran fesyen jahiliah atas nama Islam di pentas Islamic Fashion Festival (IFF)

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

Rujukan: Saifulislam.com

Buat permaisuri hatiku

Selamat hari lahir yang ke-28 buat permaisuri hatiku, Semoga usia yang bertambah berkadar terus dengan IMAN yang dimiliki.Walaupun IMAN kita umpama signal AC, dengan ummi disisi moga akan menjadikan +ve cycle lebih panjang dan berterusan.
Moga hadiah abi ini dapat menjadi pembuka (fatih) kasih sayang (mawaddah) kita yang kian terbina insa'allah.
Erti hidup pada pemberi: Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisahdan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi , akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Tuesday, October 19, 2010

Konvo Pak Lang (UPSI)

Konvo Pak Lang di UPSI.(14.10.10 Khamis). Kami bertolak kesana kul 4.35 pagi dan berhenti distesen minyak Shell kemudian teruskan perjalanan dan sekali lagi berhenti di hentian Genting/Sepah untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorg muslim. Sampai sana dalam kul 7.45 pagi. Mak n Ayah dah bersiap dari rumah lagi. Abi, Ummi, Along n Angah tumpang umah rehat Pak teh tuk mandi.
Habis Konvo kami g tangkap gambar kenangan kat kedai kodak Tg Malim pastu terus g makan kat taman Proton City (macam biasalah makanan yang mak masak la paling sedap). Lepas makan mak g jumpa bakal menantu baru dia tuk beli kain tuk bertunang n ukur saiz cincin. abi cuma tunggu dalam keta je. Badan dan letih. Abis semua urusan kami g melaka umah Pak teh, hajat hati nak tengok umah baru Pak Teh tapi tak sempat. Keesokan lepas solat jumaat kami balik jengka, tapi sebelum tu sempat la makan buah langsat kat bandar Jasin setengah kilo. Biasala GPS rosok .Sampai jengka dalam kul 7.30 malam. K Gook Luck Pak Lang selamat menempuh hidup yang kian mencabar.

" Ya Allah, tunjukkanlah kami sebagaimana org yang engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah kami sebagaimana org yang sejahterakan. Pimpinlah kami sebagaimana org yang engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah engkau berikan kepada kami. jauhkanlah kami daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya engkaulah saja yang maha menetapkan dan tiada siapapun berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada engkau. Sesungguhnya tidak terhina org yang memperoleh pimpinanmu. dan tidak mulia org yang engku musuhi. Telah memberi berkat engkau oh tuhan yang maha tinggi . Hanya untuk mu lah segala puji tuhan sekalian alam"

Monday, October 18, 2010

Bersyukurkah aku

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, September 27, 2010

Baiti Jannati

Allah Huakbar,Allah Huakbar,Allah Huakbar walillah hilham....
Semoga Allah kekalkan kasih sayang kami dunia dan Akhirat, Semoga pertemuan dan perpisahan kami adalah dalam redhanya.
Ulang tahun perkahwinan kami yang ditaja penuh oleh majalah Pa&Ma. Terima kasih bebanyak Insa'Allah ulang tahun akan datangpun akan ditaja lagi (kalau ada rezeki).

Tuesday, September 21, 2010

My Power

Mereka yang lebih berkuasa mempunyai lebih banyak tanggungjawab berbanding dengan mereka yang kurang berkuasa. Kuasa sebagai khalifah!

Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa [khalifah] di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian [yang lain] beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya, dan sesungguhnya dia maha pengampun lagi maha penyayang [Al An’aam, ayat 165].

Dengan sedikit kuasa – barangkali – kita boleh membenarkan staf di bawah bimbingan solat berjemaah di masjid. Mesyuarat atau apa pun kegiatan boleh dihentikan 10 atau 20 minit bagi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah ini.

Dengan sedikit kuasa – barangkali – menyeru dan mengajak mereka yang berada di sekitar kita untuk mengingati Allah bukanlah sesuatu yang sukar kalau kita melapangkan masa keranaNya.

Mungkin ia tidak dilaku orang, namun biarlah kita menjadi golongan yang terpilih sebagaimana terpilihnya kita sebagai seorang pemimpin. Ingatlah, kuasa merupakan satu ujian Allah.

Allah telah bersumpah dengan masa:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar [Al-Asr'].

Kuasa tidak memuliakan kita. Penggunaan kuasalah yang akan menjadikan kita dipandang mulia [nota: atau dilaknat] Allah. Itulah yang akan dipertanggungjawabkan!

Saya mohon keampunan Allah.

Saya lah tuannya

Ramai orang menyangka apa yang diperolehinya adalah kepunyaan mereka yang mutlak.

Dulu-dulu juga saya menyangka begitu. Kita berjaya dengan cemerlang kerana hasil usaha yang telah kita laksanakan. Berjaya naik pangkat kerana kita memang cekap bekerja. Lulus peperiksaan dengan mendapat A yang berlambak juga kerana kita kuat membaca.

Dalam konteks yang lain, apa yang kita usahakan dengan susah payah maka ia adalah saya punya dan adalah tidak adil untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak wajar mereka yang tidak melalui penat lelah tersebut untuk menikmati hasil yang sama dengan kita yang telah berusaha.

Begitulah pandangan biasa.

Ramai terlupa, apa-apa yang diperolehi sebenarnya adalah pertolongan Allah. Senang atau susah, lambat atau bangat, suka atau tidak adalah atas izin Allah.

Jika ada yang memohon perlindungan atas hasil yang diperolehi, fikir-fikirlah sebelum menolak dengan alasan ia saya punya. Sudah banyak kes yang ditarik balik apa yang kita punya hatta makanan yang sudah hampir di bibir juga tidak dapat ditelan.

Wednesday, August 25, 2010

Ukhwah

Berdiri dari kanan: Arwah E. Razak, Arwah En. Khalid, Pak Karim,Arwah En. Din, En. Tahir,Arwah En. Ghazali ( Ustaz yg ajar saya mengaji), En. Man karipap, Teh Non
Duduk dari Kanan: En. Hamid (Ustaz yg ajar sata mengaji), En. Mokhtar, Wak, En. Nawi ( My love forever and ever)

Generasi pertama ahli blok 9: Kepada mereka yang masih dipinjamkan usia kukuhkanlah ukhwah ini, Kepada mereka yang telah pergi mengadap tuhan semoga setiasa dicucuri rahmat. Kami anak-anak generasi kedua sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian, Insa'Allah.

Banyak kenagan sewaktu kanak-kanak bersama mereka, Kami ibarat satu keluarga.Saling melengkapi. Kini semuanya telah berlalu, Semoga Allah mengekalkan ikatan ini hingga ke akhir hayat, Insa'allah.