Wednesday, October 27, 2010

Permaisuri hatiku

Moga cinta yang terbina berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Insa'Allah. Allah kurniakan dirimu untuk menyempurnakan hidupku.

"Perkahwinan sebenarnya mengabung jalinkan antara cinta,kasih sayang, tanggungjawab dan peranan"

Kita masih jauh


Ketika Kota Konstantinople telah ditawan, dan waktu Jumaat telah masuk, Sultan Muhammad Al Fateh berkenan untuk memilih imam bagi memimpin solat Jumaat yang pertama di Kota Konstantinople. Namun cara pemilihannya agak unik, beliau memanggil seluruh tenteranya dan meminta mereka semua berdiri dengan teratur.

Setelah semuanya dalam kedudukan yang tersusun, maka dia bertanya kepada tentera-tenteranya:

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat fardhu, sila duduk…”

Tidak ada siapa di kalangan anggota tenteranya yang duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat-solat sunat yang utama?”

Ketika ini sebilangan kecil dari anggota tenteranya duduk.

Kemudian beliau bertanya lagi.

“Siapa di antara kamu yang pernah meninggalkan solat tahajjud sila duduk.”

Kali ini seluruh anggota tenteranya duduk kecuali beliau sendiri dan akhirnya beliau sendiri yang memimpin solat berjemaah di Kota Konstantinople.

Ternyata beliau adalah orang yang paling soleh dan dekat dengan Allah di kalangan tenteranya, maka benarlah sabda junjungan bahawa yang akan menakluk Konstantinople itu adalah tentera yang terbaik dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.

MasyaAllah, jika beginilah kualiti pemimpin dan tentera Sultan Muhammad Al Fateh yang menakluk dan membebaskan Kota Konstantinople dari jajahan Byzantine, maka tidak hairanlah pertolongan Allah akan sentiasa bersama dengan mereka.

Jika kita bertanyakan soalan yang sama pada generasi muda hari ini, mungkin pada soalan yang pertama sahaja telah ramai yang ‘kantoi’ apatah lagi apabila ditanyakan soalan kedua dan ketiga. Mungkin jika ditanya soalan ini kepada kumpulan para pendakwah hari ini pun, belum tentu natijahnya sama dengan apa yang didapati Sultan Muhammad Al Fateh kepada tenteranya.

Hari ini, kita berada dalam satu generasi yang lebih menghafaz nama-nama artis dan pemain bola sepak handalan daripada sahabat-sahabat Nabi dan nama pahlawan-pahlawan Islam sepanjang zaman. Lebih bermaklumat tentang sejarah juara Piala Dunia dari 1930-an berbanding sejarah agung umat Islam. Generasi yang lebih ghairah dan cinta kepada bola sepak berbanding cinta kepada keimanan dan kehidupan Islam yang indah. Generasi yang sanggup bangun malam untuk melihat pasukan kegemaran berbanding bangun malam untuk memohon keampunan.

Ternyatalah bahawa sebenarnya kita masih jauh dengan kemenangan, selagi mana generasi hari ini tidak dididik dengan didikan Islam yang sebenar dan menghayati kehidupan Islam secara total, maka selagi itulah umat akan terus dijajah dan diratah oleh musuh.

Penyelesaian kepada kemelut yang melanda hari ini hanyalah dengan mengembalikan semula jatidiri dan kemuliaan Islam kepada setiap peribadi muslim. Generasi hari ini haruslah dididik untuk cinta kepada keimanan lebih dari cinta kepada hiburan dan kelalaian. Cinta kepada kebaikan dan kesungguhan lebih dari cinta kepada kerehatan dan kemalasan. Lebih cinta untuk membaca Al-Quran dan solat malam berbanding membaca analisis Piala Dunia dan bangun malam kerana bola.

Projek membina generasi Muhammad Al Fateh adalah projek besar yang memerlukan kepada persediaan yang rapi, kesabaran yang tinggi dan kebijaksanaan yang bukan calang-calang kerana generasi yang ingin dibina adalah generasi yang mempunyai kesungguhan dan tekad yang kuat untuk menolak godaan hawa nafsu.

Kita harus mengoreksi diri kita dan memeriksa, apakah kita telah terlibat dalam projek pembinaan generasi Al Fateh. Jika tidak, bagaimana kita harus bermula? Hanya kita sendiri yang boleh mencari jawapannya.

“Ramai yang boleh berdakwah, tetapi tidak ramai yang cinta pada dakwah”

Menghina islam atas nama ISLAM

Penyebaran fesyen jahiliah atas nama Islam di pentas Islamic Fashion Festival (IFF)

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

Rujukan: Saifulislam.com

Buat permaisuri hatiku

Selamat hari lahir yang ke-28 buat permaisuri hatiku, Semoga usia yang bertambah berkadar terus dengan IMAN yang dimiliki.Walaupun IMAN kita umpama signal AC, dengan ummi disisi moga akan menjadikan +ve cycle lebih panjang dan berterusan.
Moga hadiah abi ini dapat menjadi pembuka (fatih) kasih sayang (mawaddah) kita yang kian terbina insa'allah.
Erti hidup pada pemberi: Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisahdan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi , akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Tuesday, October 19, 2010

Konvo Pak Lang (UPSI)

Konvo Pak Lang di UPSI.(14.10.10 Khamis). Kami bertolak kesana kul 4.35 pagi dan berhenti distesen minyak Shell kemudian teruskan perjalanan dan sekali lagi berhenti di hentian Genting/Sepah untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorg muslim. Sampai sana dalam kul 7.45 pagi. Mak n Ayah dah bersiap dari rumah lagi. Abi, Ummi, Along n Angah tumpang umah rehat Pak teh tuk mandi.
Habis Konvo kami g tangkap gambar kenangan kat kedai kodak Tg Malim pastu terus g makan kat taman Proton City (macam biasalah makanan yang mak masak la paling sedap). Lepas makan mak g jumpa bakal menantu baru dia tuk beli kain tuk bertunang n ukur saiz cincin. abi cuma tunggu dalam keta je. Badan dan letih. Abis semua urusan kami g melaka umah Pak teh, hajat hati nak tengok umah baru Pak Teh tapi tak sempat. Keesokan lepas solat jumaat kami balik jengka, tapi sebelum tu sempat la makan buah langsat kat bandar Jasin setengah kilo. Biasala GPS rosok .Sampai jengka dalam kul 7.30 malam. K Gook Luck Pak Lang selamat menempuh hidup yang kian mencabar.

" Ya Allah, tunjukkanlah kami sebagaimana org yang engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah kami sebagaimana org yang sejahterakan. Pimpinlah kami sebagaimana org yang engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah engkau berikan kepada kami. jauhkanlah kami daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya engkaulah saja yang maha menetapkan dan tiada siapapun berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada engkau. Sesungguhnya tidak terhina org yang memperoleh pimpinanmu. dan tidak mulia org yang engku musuhi. Telah memberi berkat engkau oh tuhan yang maha tinggi . Hanya untuk mu lah segala puji tuhan sekalian alam"

Monday, October 18, 2010

Bersyukurkah aku

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !