Tuesday, September 21, 2010

My Power

Mereka yang lebih berkuasa mempunyai lebih banyak tanggungjawab berbanding dengan mereka yang kurang berkuasa. Kuasa sebagai khalifah!

Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa [khalifah] di bumi dan dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian [yang lain] beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya, dan sesungguhnya dia maha pengampun lagi maha penyayang [Al An’aam, ayat 165].

Dengan sedikit kuasa – barangkali – kita boleh membenarkan staf di bawah bimbingan solat berjemaah di masjid. Mesyuarat atau apa pun kegiatan boleh dihentikan 10 atau 20 minit bagi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah ini.

Dengan sedikit kuasa – barangkali – menyeru dan mengajak mereka yang berada di sekitar kita untuk mengingati Allah bukanlah sesuatu yang sukar kalau kita melapangkan masa keranaNya.

Mungkin ia tidak dilaku orang, namun biarlah kita menjadi golongan yang terpilih sebagaimana terpilihnya kita sebagai seorang pemimpin. Ingatlah, kuasa merupakan satu ujian Allah.

Allah telah bersumpah dengan masa:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar [Al-Asr'].

Kuasa tidak memuliakan kita. Penggunaan kuasalah yang akan menjadikan kita dipandang mulia [nota: atau dilaknat] Allah. Itulah yang akan dipertanggungjawabkan!

Saya mohon keampunan Allah.

No comments:

Post a Comment