Tuesday, September 21, 2010

Saya lah tuannya

Ramai orang menyangka apa yang diperolehinya adalah kepunyaan mereka yang mutlak.

Dulu-dulu juga saya menyangka begitu. Kita berjaya dengan cemerlang kerana hasil usaha yang telah kita laksanakan. Berjaya naik pangkat kerana kita memang cekap bekerja. Lulus peperiksaan dengan mendapat A yang berlambak juga kerana kita kuat membaca.

Dalam konteks yang lain, apa yang kita usahakan dengan susah payah maka ia adalah saya punya dan adalah tidak adil untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak wajar mereka yang tidak melalui penat lelah tersebut untuk menikmati hasil yang sama dengan kita yang telah berusaha.

Begitulah pandangan biasa.

Ramai terlupa, apa-apa yang diperolehi sebenarnya adalah pertolongan Allah. Senang atau susah, lambat atau bangat, suka atau tidak adalah atas izin Allah.

Jika ada yang memohon perlindungan atas hasil yang diperolehi, fikir-fikirlah sebelum menolak dengan alasan ia saya punya. Sudah banyak kes yang ditarik balik apa yang kita punya hatta makanan yang sudah hampir di bibir juga tidak dapat ditelan.

No comments:

Post a Comment