Sunday, August 22, 2010

Ramadhan, Ya ALLAH jadikanlah ia bukan yang terakhir buatku

Kita tidak mempunyai hubungan langsung dengan seseorang tetapi melihat mukanya kita menyampah.

Adakah perasaan tersebut?

Apatah lagi kita memerhati kehidupan seseorang, ia tidak ada kena mengena dengan kita tetapi kita berasa iri hati dan membenci orang tersebut.

Sakitnya hati kita!

Perasaan-perasaan seumpama ini sering berlaku kerana kita selalu melihat padang jiran lebih hijau daripada padang kita. Atau bola biru lebih baik daripada bola merah. Bola merah lebih baik daripada bola hijau tetapi bola hijau lebih baik daripada bola biru!

Maksudnya, manusia tidak pernah mahu bersyukur!

Mungkin perkataan “hasad dengki” lebih sesuai kecuali ia nampak tersangat teruk. Bagaimana mahu menghilangkan perasaan tersebut?

Cuba fikirkan, apakah yang akan berlaku bila kita berperasaan iri hati, dengki atau buruk sangka?

Emmm…. hati sendiri yang risau, tidak keruan dan sentiasa susah hati! Maka ia langsung tidak membawa sebarang keuntungan.

Saya sendiri melihat apa yang saya ada sudah memadai sementara menunggu hari-hari kematian. Tidak perlulah memikirkan apa yang orang lain ada.

Cuma saya risaukan mereka yang lunak membaca al-quran, mereka yang bangun malam dan mereka yang diberi kekayaan tetapi membelanjakannya ke jalan Allah.

Risau saya, mampukah saya menuruti jejak mereka?

No comments:

Post a Comment