Tuesday, August 24, 2010

Anak saudara pertama kami LUKMAN


Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua ibu bapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita.

Jangan dipinggirkan peranan lelaki di samping keluarga dan rumah tangganya. Lelaki sejati dikenali menerusi peranannya sebagai anak, suami dan ayah.

Sebagai anak inagtlah reda Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Sebagai suami sedarlah, sebaik-baik lelaki adalah mereka yang terbaik pergaulan terhadap isterinya. Sebagai ayah, jadikanlah anak sebagai harta dunia dan akhirat.

Sabda Rasullullah SAW:

"Seorang anak dilahirkan putih bersih terpulanglah kepada ibu bapanya yang menjadikan dia YAhudi, Nasrani mahupun Majusi"

Semoga Lukman menjadi seperti pemilik namanya yang dinukilkan didalam Al-Quran, Insa'allah.



No comments:

Post a Comment