Wednesday, August 25, 2010

Ukhwah

Berdiri dari kanan: Arwah E. Razak, Arwah En. Khalid, Pak Karim,Arwah En. Din, En. Tahir,Arwah En. Ghazali ( Ustaz yg ajar saya mengaji), En. Man karipap, Teh Non
Duduk dari Kanan: En. Hamid (Ustaz yg ajar sata mengaji), En. Mokhtar, Wak, En. Nawi ( My love forever and ever)

Generasi pertama ahli blok 9: Kepada mereka yang masih dipinjamkan usia kukuhkanlah ukhwah ini, Kepada mereka yang telah pergi mengadap tuhan semoga setiasa dicucuri rahmat. Kami anak-anak generasi kedua sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian, Insa'Allah.

Banyak kenagan sewaktu kanak-kanak bersama mereka, Kami ibarat satu keluarga.Saling melengkapi. Kini semuanya telah berlalu, Semoga Allah mengekalkan ikatan ini hingga ke akhir hayat, Insa'allah.

Tuesday, August 24, 2010

Anak saudara pertama kami LUKMAN


Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih ibu bapanya apabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua ibu bapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita.

Jangan dipinggirkan peranan lelaki di samping keluarga dan rumah tangganya. Lelaki sejati dikenali menerusi peranannya sebagai anak, suami dan ayah.

Sebagai anak inagtlah reda Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Sebagai suami sedarlah, sebaik-baik lelaki adalah mereka yang terbaik pergaulan terhadap isterinya. Sebagai ayah, jadikanlah anak sebagai harta dunia dan akhirat.

Sabda Rasullullah SAW:

"Seorang anak dilahirkan putih bersih terpulanglah kepada ibu bapanya yang menjadikan dia YAhudi, Nasrani mahupun Majusi"

Semoga Lukman menjadi seperti pemilik namanya yang dinukilkan didalam Al-Quran, Insa'allah.



Monday, August 23, 2010

Cameron Highlands 2010




"Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (Sambil berkata):"wahai tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka"
(Ali Imran:191)

31/3-2/4 bercuti di tanah tinggi Cameron Highland, Percutian yang bermula dengan kegembiraan dan berakhir dengan dugaan. Apapun apa yang tersurat ada hikmah yang tersirat. Maha suci Allah yang menjadikan ia bukan sia-sia.

Sunday, August 22, 2010

Ulang tahun ke 3

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang masih lagi membenarkan kami meminjam segala nikmat yang telah diberikan. Begitu cepat masa berlalu usia keluarga bahagia kami kini sudah 3 tahun. Pelbagai dan berbagai nikmat yang telah Allah kurniakan.
Kalau dulu kami hanya berdua sekarang kami sudah berempat. Harta paling besar yang Allah kurniakan kepada kami sepasang putra & putri. Semoga mereka menjadi harta bagi kami didunia dan akhirat.
Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang masih mengekalkan bulan madu kami hingga ke saat ini. Setiap hari yang berlalu itu adalah hari yang penuh kebahagian disamping isteri muda dan anak-anak tercinta. Semoga bulan madu kami kekal hingga ke akhir hayat insa'allah.
Terima kasih ummi atas setiap pengorbanan yang dicurahkan, semoga Allah menilai setiap pengobanan dan kesusahan ummi dalam menempuh kehidupan ini sebagai amal soleh insa'alla.

Ramadhan, Ya ALLAH jadikanlah ia bukan yang terakhir buatku

Kita tidak mempunyai hubungan langsung dengan seseorang tetapi melihat mukanya kita menyampah.

Adakah perasaan tersebut?

Apatah lagi kita memerhati kehidupan seseorang, ia tidak ada kena mengena dengan kita tetapi kita berasa iri hati dan membenci orang tersebut.

Sakitnya hati kita!

Perasaan-perasaan seumpama ini sering berlaku kerana kita selalu melihat padang jiran lebih hijau daripada padang kita. Atau bola biru lebih baik daripada bola merah. Bola merah lebih baik daripada bola hijau tetapi bola hijau lebih baik daripada bola biru!

Maksudnya, manusia tidak pernah mahu bersyukur!

Mungkin perkataan “hasad dengki” lebih sesuai kecuali ia nampak tersangat teruk. Bagaimana mahu menghilangkan perasaan tersebut?

Cuba fikirkan, apakah yang akan berlaku bila kita berperasaan iri hati, dengki atau buruk sangka?

Emmm…. hati sendiri yang risau, tidak keruan dan sentiasa susah hati! Maka ia langsung tidak membawa sebarang keuntungan.

Saya sendiri melihat apa yang saya ada sudah memadai sementara menunggu hari-hari kematian. Tidak perlulah memikirkan apa yang orang lain ada.

Cuma saya risaukan mereka yang lunak membaca al-quran, mereka yang bangun malam dan mereka yang diberi kekayaan tetapi membelanjakannya ke jalan Allah.

Risau saya, mampukah saya menuruti jejak mereka?

Majlis konvo Aida di Darul Quran JAKIM KKB


Pagi-pagi lagi mak dah kejut kami untuk pergi Majlis konvo Aida di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu. Cucu-cucu mak semua belum bangun lagi, along n angah mandi kat R&R Sg. Buloh.
Abi tak larat nak bawak keta , ngantuk punya pasal, lepas hentian Temerloh 2nd driver yang bawak sampai hentian Genting Sepah. Pastu baru abi bawak sampai KKB. Nasib baik ada ummi isteri muda abi.Kami sampai sana dalam kul 7.30 pagi.
Lepas mak masuk dewan konvo kami pun gi jalan-jalan ke IKEA la kuang2 kuang. Biasala majlis konvo, tengah hari baru habis. daripada menunggu je kat sana lebih baik g jalan-jalan. Tengah hari habis majlis konvo kami sampai balik ke DQ. Dalam kul 2 ptg kami bertolak balik ke Jengka tanah air ku. Tapi sebelum tu singgah dulu kat Genting Sepah beli buah beranggan, mak cik kirim. Sekarang buah berangan pun dah mahal. Masa abi belajar kat UiTM dulu baru Rm10/kg sekarang dah Rm25/kg biasala harga barang dalam Malaysia nie mana ada yang turum semua naik.Kalau nak turun pun air hujan je. semangat 1 Malaysia katakan. Rakyat Dihulukan kroni diutamakan.
Kami sampai umah dalam kul 6.00 ptg, opss lupa sampai bentong kami singgah dulu rumai Naidi (Anak jiran kami). Dia jamu goreng pisang sedap gak coz perut lapar.